Jom Kuliah
KOLEKSI AUDIO KULIAH ISLAM dan CERAMAH
Linkbar
Laman Utama
13 Januari 2012
Sirah Rasulullah: Seruan Islam Keluar Mekah - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi,
Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.
Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu
tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru
bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya,
tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang
lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih
merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.
1 ulasan:
ABU ANAS
berkata...
jzkk
13 Januari 2012 pada 12:24 PTG
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
jzkk
Catat Ulasan