08 Februari 2012

Mengumpat Yang Diharuskan - Ust Harryanto



Kuliah Subuh
Jaga Lidah, Lapangkan Rumah dan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama



Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Lokasi: Jalan Tiong

06 Februari 2012

Doa Rasulullah Di Thaif - Ust Halim Nasir




Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW





Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA 
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH

...sambungan.... 


"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang  jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah ku peduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan".

Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap Baginda, mereka memanggil  budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya. 

Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.  ...bersambung....

19 Januari 2012

Golongan Orang Yang Bodoh Dan Sedia Diperbodohkan Wujud Hingga Kiamat - Ust Halim Nasir




Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW




Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA 
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH

...sambungan....


Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasidan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjang jalan keluar ke Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batukerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isihati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yangmenyahut seruan dakwahnya: …bersambung..

17 Januari 2012

Pembesar-Pembesar Dengan Angkuh Menolak Dakwah Rasulullah - Ust Halim Nasir







Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW




Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH
...sambungan...

Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah,……..



14 Januari 2012

Sifat Negatif Amat Mudah Singgah Kepada Kita - Ust Halim Nasir








Kuliah Maghrib
Tafsir Surah Al-Mu'minun (ayat 2-3)



Penceramah : Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Jln Pemimpin

"Kalau kita tidak memiliki sifat-sifat yang baik, kita tidak akan mengecapi kejayaan dan bahawasanya sifat-sifat negatif amat mudah singgah walaupun kepada seorang sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah."


13 Januari 2012

Sirah Rasulullah: Seruan Islam Keluar Mekah - Ust Halim Nasir




Kuliah Maghrib




Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH

Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi, Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya, tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.