13 Januari 2012

Sirah Rasulullah: Seruan Islam Keluar Mekah - Ust Halim Nasir




Kuliah Maghrib




Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH

Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi, Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya, tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.