06 Februari 2012

Doa Rasulullah Di Thaif - Ust Halim Nasir




Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW





Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah


PERINGKAT KEDUA 
SERUAN  ISLAM  KELUAR  MEKAH

...sambungan.... 


"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang  jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah ku peduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan".

Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap Baginda, mereka memanggil  budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya. 

Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.  ...bersambung....

1 ulasan: