Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan....
Rasulullah
berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak
didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu
dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasidan
mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjang jalan keluar ke
Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan
sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah
melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin
Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya,
golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak
batukerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan
Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya
tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di situ
barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan
berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan
menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang
amat terkenal, doa itu membayangkan isihati Rasulullah yang melimpah
dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana,
dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yangmenyahut seruan dakwahnya: …bersambung..
1 ulasan:
Jzkk Sahabat.
Catat Ulasan