Jom Kuliah
KOLEKSI AUDIO KULIAH ISLAM dan CERAMAH
Linkbar
Laman Utama
08 Februari 2012
Mengumpat Yang Diharuskan - Ust Harryanto
Kuliah Subuh
Jaga Lidah, Lapangkan Rumah dan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama
Penceramah:
Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Lokasi: Jalan Tiong
06 Februari 2012
Doa Rasulullah Di Thaif - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah:
Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan....
"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan
lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah
kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa
mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah ku peduli, namun afiat dari
Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,
dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari
terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan
".
Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap
Baginda, mereka memanggil budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama
Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada
orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya
dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya.
Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:
Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya
beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu
Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,
dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-
dua kakinya.
...bersambung....
19 Januari 2012
Golongan Orang Yang Bodoh Dan Sedia Diperbodohkan Wujud Hingga Kiamat - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah:
Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan....
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka
kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi
dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjang jalan keluar ke Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala
Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batukerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua
orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di
situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi
hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang
menyahut seruan dakwahnya:
…bersambung..
17 Januari 2012
Pembesar-Pembesar Dengan Angkuh Menolak Dakwah Rasulullah - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah:
Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan...
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka
kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi
dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah,……..
14 Januari 2012
Sifat Negatif Amat Mudah Singgah Kepada Kita - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Tafsir Surah Al-Mu'minun (ayat 2-3)
Penceramah :
Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Jln Pemimpin
"Kalau kita tidak memiliki sifat-sifat yang baik, kita tidak akan mengecapi kejayaan dan bahawasanya sifat-sifat negatif amat mudah singgah walaupun kepada seorang sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah."
13 Januari 2012
Sirah Rasulullah: Seruan Islam Keluar Mekah - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi,
Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.
Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu
tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru
bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya,
tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang
lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih
merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.
13 Ogos 2011
Hanya Islam Dapat Menyatukan Bangsa - Ust Hazlan Asrijal
Kuliah Subuh 13 Ramadhan 1432H
Penceramah:
Ustaz Hazlan Asrijal
Lokasi: Bandar Baru Putra, Ipoh
09 Ogos 2011
Iman Tidak Boleh Diwarisi Tetapi Perlu Dicari - Ust Zakaria Ahmad
Tazkirah 9 Ramadhan 1432H
Penceramah:
Ustaz Zakaria b. Ahmad
Lokasi: Bandar Baru Putra, Ipoh
08 Ogos 2011
Apakah Kehebatan Al Quran Yang Dikatakan Mukjizat Nabi Paling Besar? - Ust Mutalib Maarof
Tazkirah 8 Ramadhan 1432H
Penceramah:
Ustaz Abdul Mutalib b. Maarof
Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang
Lokasi: Batu 6 Tambun, Ipoh
06 Ogos 2011
10 Malam Terakhir Ramadhan - Ust Wan Ahmad Tarmizi
Kuliah Subuh 6 Ramadhan 1432H
Perintah Allah Kepada Orang yang Beriman
Penceramah:
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi b. Abd Aziz
Lokasi: Bandar Baru Putra, Ipoh
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)