Jom Kuliah
KOLEKSI AUDIO KULIAH ISLAM dan CERAMAH
08 Februari 2012
Mengumpat Yang Diharuskan - Ust Harryanto
Kuliah Subuh
Jaga Lidah, Lapangkan Rumah dan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama
Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Lokasi: Jalan Tiong
06 Februari 2012
Doa Rasulullah Di Thaif - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan....
"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan
tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan
golongan lemah dan dhaif. Dikaulah
Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang
telah Kau beri kuasa mengatasi
daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah ku peduli, namun afiat
dariMu
lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi
kegelapan,dengannya urusan di dunia dan
di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau
terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaanMu,
tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan".
Setelah
diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas
terhadap Baginda,
mereka memanggil budak suruhan mereka
yang bernama 'Iddas yang beragama Nasrani, kata mereka:
"Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada orang itu".
Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya dengan membaca "Bismillah" Baginda pun
memakannya.
Tanya 'Iddas: Bacaan
tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:Saudara ini dari
negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata
Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah
nabi, dan saya adalah nabi,dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta
mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua
kakinya. ...bersambung....
19 Januari 2012
Golongan Orang Yang Bodoh Dan Sedia Diperbodohkan Wujud Hingga Kiamat - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan....
Rasulullah
berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak
didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu
dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasidan
mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjang jalan keluar ke
Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan
sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah
melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin
Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya,
golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak
batukerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan
Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya
tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di situ
barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan
berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan
menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang
amat terkenal, doa itu membayangkan isihati Rasulullah yang melimpah
dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana,
dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yangmenyahut seruan dakwahnya: …bersambung..
17 Januari 2012
Pembesar-Pembesar Dengan Angkuh Menolak Dakwah Rasulullah - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Sirah Rasulullah SAW
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
...sambungan...
Rasulullah
berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak
didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu
dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan
mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah,……..
14 Januari 2012
Sifat Negatif Amat Mudah Singgah Kepada Kita - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Tafsir Surah Al-Mu'minun (ayat 2-3)
Penceramah : Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Jln Pemimpin
"Kalau kita tidak memiliki sifat-sifat yang baik, kita tidak akan mengecapi kejayaan dan bahawasanya sifat-sifat negatif amat mudah singgah walaupun kepada seorang sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah."
13 Januari 2012
Sirah Rasulullah: Seruan Islam Keluar Mekah - Ust Halim Nasir
Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Halim Nasir
Lokasi: Sg Tapah
PERINGKAT KEDUA
SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH
Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:
Pada bulan
Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi, Rasulullah telah keluar ke Ta'if,
yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda
dari sana adalah dengan berjalan kaki,bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin
Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Ta'if Baginda
menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu tidak seorang pun
yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi tiga
adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak
kepada Amru bin Umair al-Thaqafi, di sana
Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya, tetapi sebagai
jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah
sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau.
Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau,
sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih merbahaya
untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya
bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka
tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.
08 Ogos 2011
Apakah Kehebatan Al Quran Yang Dikatakan Mukjizat Nabi Paling Besar? - Ust Mutalib Maarof
Tazkirah 8 Ramadhan 1432H
Penceramah: Ustaz Abdul Mutalib b. Maarof
Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang
Lokasi: Batu 6 Tambun, Ipoh
06 Ogos 2011
10 Malam Terakhir Ramadhan - Ust Wan Ahmad Tarmizi
Kuliah Subuh 6 Ramadhan 1432H
Perintah Allah Kepada Orang yang Beriman
Penceramah: Ustaz Wan Ahmad Tarmizi b. Abd Aziz
Lokasi: Bandar Baru Putra, Ipoh
Langgan:
Catatan (Atom)